Sempena cuti tahun baru, ibu dan ayah berkesempatan bawak amirul melawat ke zoo negara. Bertolak dari puchong dlm pukul 10.30 & sampai di zoo pukul 11.00 pagi. Cuaca masa tu panas terik. Orang mmg ramai giler..mgkin masing2 dah plan nak melawat zoo sempena tahun baru. Pada pandangan mata aku, zoo ni dah tak sebest dulu. Haiwan2 kat sini macam dah tak berjaga. Tempat tinggal haiwan ni kotor dan baunya,, yerkhhh..busuknye..kami sempat jln2 dlm zoo naik train pendek tu. Pada amirul asal jer train namanya Thomas, ni la penangan tengok kartun 'Thomas & Friends'.
Ni la main entrance Zoo negara...Dah lama tak datang sini..last datang masa rombongan sekolah tadika tahun 80-an. Iskhhh....lama giler tu
Amirul takut tengok zirafah ni..mungkin sebab leher yg panjang tu
Amirul sibuk nak tangkap burung2 tu
kolam tu sebenarnya busuk giler..nak bergambar punya fasal..tahan jer la
Ayah : burung ape?
Amirul : Muyai...
Ayah : burung ape?
Amirul : Muyai....